Powered by Bravenet Bravenet Blog

Subscribe to Journal

Thursday, March 13th 2008

1:03 AM

Wake UP!! Jangan TIDUR!!

 

Blog kali ini ditujukan khas kepada anak2 Melayu yang akan mengharungi masa depan yang tidak menentu akibat daripada keputusan pilihanraya yang lepas. Seringkali kita dengar tentang ketidaksenang hati sesetengah pihak tentang Dasar Ekonomi Baru (DEB). Tapi apakah anak2 muda hari ini memahami apa itu DEB? Sayang sekali ianya sekadar perkataan yang langsung tidak dihayati oleh sesetengah anak2 Melayu, yang jelas sekali tidak memahami hasrat kerajaan dan orang2 Melayu yang memahami erti kesempitan. Wake UP! Bangunlah dari TIDUR anda!! Seandainya terhapus DEB, maka hilanglah kelebihan anak2 Melayu itu sendiri untuk mendapatkan peluang2 pekerjaan, perniagaan dan sebagainya kerana kelemahan majoriti anak2 Melayu itu sendiri dari segi akademik, daya saing dan efisiensi. Ada di antara pihak yang berkata "Adillah kalau semua pihak dapat peluang yang sama" Memang mudah berkata, tapi adakah anak2 Melayu itu sendiri berdaya saing untuk mendapatkan tempat dengan mudah di dalam pelajaran dan perniagaan? mampukah mereka bertarung dengan "open tender"? Sedangkan ada di antara peniaga bumiputera yang langsung tidak boleh bertutur di dalam Bahasa Inggeris dan masih tidak membuat sesuatu untuk mengatasi masalah itu, malahan ramai sekali yang langsung tidak tahu menggunakan komputer sedangkan mereka gelar diri mereka "Entrepreneur". Sikap malas hendak berusaha kerana mudah mendapat bantuan kerajaan.. seolah2 disuapkan nasi ke dalam mulut mereka itulah yang bakal menghancurkan bangsa Melayu di masa akan datang.

Saya amat kesal dengan sikap TIDUR ini, terutama sekali selepas pilihanraya yang lalu. Sebagai contohnya.. banyak sekali syarikat yang menawarkan kursus Bahasa Inggeris yang percuma untuk pekerja2 hotel dan syarikat2 swasta. Tapi kehadiran pekerja ke kelas kadang2 amat menyedihkan, sehingga pengurus sumber manusia terpaksa mengingatkan mereka setiap kali supaya datang menghadiri kelas demi kepentingan syarikat dan juga diri mereka sendiri di masa hadapan. Tetapi si TIDUR masih lagi TIDUR sehinggalah kadang2 syarikat terpaksa membatalkan kelas kerana kehadiran yang teruk. Ada yang sengaja tidak mahu hadir atas berbagai2 alasan.. sebenarnya semuanya itu adalah PEMALAS!! Jadi mesej saya kepada mereka itu.. "Pergilah tidur.. gelapkanlah masa hadapan anda.. amalkanlah sikap sudah terantuk baru tengadah!!"  

Begitu juga dengan sikap mereka yang menghadiri kursus Bahasa Asing anjuran LTAC. Sikap TIDUR yang merugikan ini, sebenar2nya akan merugikan mereka sendiri.. bukanlah sekarang tetapi di masa akan datang. Apa sudah jadi dengan anak2 Melayu dari kategori ini..? semakin pemalas, semakin tidak berusaha, tetapi ada pula yang cukup pandai 'complain'. Ada juga yang 'complain' tentang guru2 yang mengajar. Oooo.. jadi kalau nak belajar, guru kena ikut cara dan arahan anak2 murid..? Macam tu ke..? Sikap hormat kepada guru yang dituntut Islam seolah2 telah diperlekehkan. Ada pula sesetengah pelajar yang mengetahui serba sedikit Bahasa Asing datang ke kelas hanya untuk menunjukkan kepandaian sahaja sehingga sanggup memperkotak-katikkan guru2 dibelakang... Macamlah dah pandai sangat. Sikap2 'Bodoh Sombong' yang sebegini akan hanya membuatkan orang2 itu bakal merempat dalam hidup mereka di masa akan datang.. masa tu barulah mereka menyesali akan apa yang telah mereka lakukan. Sudah terlambat lah! Sedangkan mempelajari ilmu Bahasa memakan masa yang lama.. bertahun2 lamanya.. Dengan harapan.. Janganlah asyik mengharapkan bantuan kerajaan dan syarikat, usahalah sendiri.. barulah berkat hidup!! Bak kata Professor Ungku Aziz baru2 ini, "anda menghadapi buku baru, bukan bab baru". Masih TIDUR lagi..?

Dari seorang Melayu yang amat kesal dengan sikap kaumnya.. DjRay

0 user comments.